Jack Ma bakal kuasai ruang ecommerce Malaysia – Channel W

Jack Ma bakal kuasai ruang ecommerce Malaysia

Ini bukannya satu ramalan yang sukar dijangkai. Hari ini Jack Ma, melalui syarikat Alibaba, sudahpun mempunyai bahagian pasaran besar dalam ruang pasaran atas talian Malaysia melalui Lazada.

Minggu ini, CIMB mengumumkan bahawa Touch & Go telah diberi kebenaran oleh Bank Negara Malaysia untuk menjalankan servis e-wallet menggunakan platfom Alipay.

Alipay dimiliki oleh Ant Financial Services yang merupakan ahli syarikat Alibaba. Ia adalah satu platform pembayaran mudahalih (mobile payment) yang terbesar didunia dengan lebih 600 juta pengguna berdaftar. Kebanyakannya adalah pengguna dari China tetapi semenjak tahun 2015, Alipay giat meluaskan servis diluar China.

Ia bermula dengan India, di mana Alipay melabur RM2.7 bilion untuk saham 40% dalam satu startup bernama Paytm. Dalam masa kurang dari 2 tahun, Paytm telah mengaut 80% bahagian pasaran India dengan 177 juta pengguna. Selepas dari itu, Alipay melebarkan sayap ke Eropah, Thailand, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnama, Myanmar, Cambodia dan kini di Malaysia.

Touch N Go memang telah lama ingin memperkembangkan penggunaan kad Touch N Go diluar dari penggunaan di tol lebuhraya dan tempat letak kereta tetapi usaha ini kurang berjaya.

Usahasama Touch N Go dan Alipay pastinyamempunyai keupayaan untuk berjaya. Hampir semua rakyat Malaysia sudah pun menjadi pengguna Touch N Go kerana ia datang bersama semua kad pengenalan Malaysia.

Buat masa ini CIMB belum lagi mengeluarkan maklumat bagaimana sistem e-wallet Touch N Go dan Alipay ini bakal digunakan. Tetapi tidak mustahil jika dalam masa yang singkat sistem ini akan digunakan ramai.

Tersengih lah lagi Jack Ma.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans