PRU14: Jaga kerahsiaan penjawat awam – CUEPACS – Channel W

PRU14: Jaga kerahsiaan penjawat awam – CUEPACS

Penjawat diingatkan supaya supaya menjaga kerahsiaan ketika hari pengundian Pilihan Raya UMUM PRU14.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam, Datuk Azih Muda berkata, mereka perlu ingat terikat dengan mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk memastikan perjalanan pilihan raya dilakukan secara telus dan rahsia.

Mereka juga diingatkan supaya tidak menular gambar kertas undi atau dokumen berkaitan.

“Sila patuhi peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika membuang undi. Kalau perkara ini sudah rahsia, biarlah ia kekal rahsia selamanya, CUEPACS tidak mahu penjawat awam didakwa berhubung soal ini,” kata Azih.

Apa yang penting, penjawat awam tidak terlibat atau menimbulkan kekecohan semasa pilihan raya.

“Sila kekalkan keamanan masa kini, kita sudah matang dalam soal demokrasi dan sudah seharusnya sila tanggung-jawab amalan proses pilihan raya secara profesional,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans