Jaga rahsia pertahanan negara – Channel W

Jaga rahsia pertahanan negara

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dinasihatkan supaya tidak sesuka hati mendedahkan rahsia ketenteraan negara kepada umum.

Menurut Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, tindakan Mohamad itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia dibuat dengan niat semata-mata untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengenai pertahanan negara pada masa ini dikatakan lebih rendah berbanding negara Vietnam pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Mat Sabu ketika mendedahkan perkara tersebut berkata keadaan itu jauh berbeza daripada kedudukan negara pada sekitar 70an yang pernah direkod menjadi nombor satu di rantau ini.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans