Jamal mengaku bersalah, tunggu keputusan dijatuhkan – Channel W

Jamal mengaku bersalah, tunggu keputusan dijatuhkan

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Selasa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Bagaimanapun, prosiding mahkamah ketika ini ditangguhkan seketika bagi menunggu keputusan hukuman dijatuhkan terhadapnya

Puluhan penyokong Jamal dilihat hadir ke mahkamah hari ini sebaik saja beliau tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi dari Penjara Sungai Buloh.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans