Jambatan terpanjang di dunia dibuka hari ini – Channel W

Jambatan terpanjang di dunia dibuka hari ini

Jambatan dan terowong sepanjang 55 kilometer yang menghubungkan Hong Kong dan China dibuka hari ini selepas ditangguhkan selama beberapa tahun.

Kenapa ia dibina? Sudah tentu untuk menjimatkan masa. Sebelum ini, perjalanan di sekeliling delta itu mengambil masa kira-kira empat jam, namun dengan pembinaan jambatan baharu itu, ia akan menjimatkan masa selama 30 minit.

1 : Jambatan menghubungkan Hong Kong- Zhuhai- Macau menjangkau Delta Sungai Pearl adalah sepanjang 55 kilometer

2 : Ia adalah 20 kali ganda lebih panjang daripada Jambatan Golden Gate di San Francisco.

3 : Struktur itu direka untuk menahan gempa bumi, taufan bermusim yang melanda rantau terbabit selain insiden dilanggar kapal secara tidak sengaja

4 : Projek itu juga melintasi laluan pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Ia bermakna, jurutera perlu mengambil kira had ketinggian.

5 : Projek pembinaan itu bermula pada 2009, namun ditangguhkan beberapa kali atas alasan keselamatan. Ia juga melangkaui bajet beberapa kali dan menelan kos lebih AS$20 bilion (RM83.2 bilion).

6 : Jambatan itu menghubungkan tiga bahagian berbeza di China yang bermakna projek itu merangkumi pelbagai undang-undang dan sistem politik berbeza

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans