Jangan amal politik kebencian – Abu Zahar – Channel W

Jangan amal politik kebencian – Abu Zahar

Rakyat Malaysia dirayu supaya tidak terikut-ikut dan terpengaruh sentimen perkauman dibawa oleh gabungan pembangkang PKR terutama DAP bagi mengelak berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bekas Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata,politik kebencian menjadi landasan lanskap politik negara sejak dua pilihan raya umum lalu apabila parti pembangkang mengggunakan sentimen itu bagi meraih undi perlu dibendung daripada berterusan.

“Saya terpanggil untuk melahirkan kebimbangan saya apabila ahli- ahli politik DAP secara terang- terangan mengutuk kaum Melayu ketika berkempen.

“Ketika rusuhan kaum 13 Mei, saya masih muda dan berkhidmat sebagai anggota polis cawangan khas. Saya tidak mahu peristiwa hitam negara itu berulang,” katanya kepada Channel W ketika dihubungi hari ini.

Abu Zahar yang juga mengingatkan rakyat Malaysia bahawa DAP adalah pencetus peristiwa hitam itu dan beliau berharap politik kebencian yang mula ditanam dihati rakyat kepada kerajaan tidak membawa kepada kerosakkan kepada negara dan rakyatnya.

Perjalanan masih jauh, terlalu banyak yang perlu dilakukan untuk negara berbanding hanya berkisar untuk sebuah keluarga sahaja dan menidakkan keperluan rakyat.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans