Jangan panik dan percaya panggilan hutang – PDRM – Channel W

Jangan panik dan percaya panggilan hutang – PDRM

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, SAC Ahmad Nordin Ismail menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan tertipu dengan panggilan telefon oleh individu yang mengaku sebagai pegawai bank atau anggota polis yang mendakwa kononnya mangsa ada “hutang” tertentu, sebelum mengarahkan mangsa untuk memindahkan sejumlah wang untuk pembayaran.

Daripada Januari hingga Julai 2017, sejumlah 363 kes dengan ‘modus operandi’ yang sama telah dilaporkan di seluruh negara melibatkan kerugian berjumlah RM12.8juta.

Pelbagai taktik digunakan untuk mengelirukan mangsa dan meyakinkan bahawa mereka perlu melunaskan hutang seceat mungkin.

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklum balas daripada pihak perbankan berkenaan sendiri dan bertemu dengan pegawai perbankan secara bersemuka bukan hanya menghubungi ditalian telifon diminta pihak berkenaan.

Beliau menegaskan orang ramai perlu bijak menangani situasi berkenaan agar tidak mudah tertipu dan tidka mudah percaya sebarang arahan daripada pihak yang memanggil.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans