Jangan Sebar Muat Naik, Kongsi Gambar Pelajar Di Gemas – MCMC – Channel W

Jangan Sebar Muat Naik, Kongsi Gambar Pelajar Di Gemas – MCMC

PUTRAJAYA – Insiden Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman, Gemas pelajar yang maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput telah diingatkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar orang ramai tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi kandungan gambar-gambar pelajar tersebut melalui media sosial dan aplikasi komunikasi seperti WhatAssp.

Menurut suruhanjaya MCMC perbuatan tidak beretika sedemikian merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara khususnya Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dijatuhkan  denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak melebihi satu tahun penjara, jika sabit kesalahan.

Semalam, pelajar perempuan tingkatan dua sekolah berkenaan, Nur Afini Roslan, maut manakala dua pelajar lelaki cedera terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang sekolah itu ketika menyertai raptai perbarisan sukan.

 -Bernama

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans