PRU14: Jangan sekadar menang sorak – Najib – Channel W

PRU14: Jangan sekadar menang sorak – Najib

“ Jangan setakat menang sorak kampong tergadai”

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahaya ‘menang sorak kampung tergadai’ jika rakyat tersilap membuat pilihan pada PRU-14, 9 Mei ini.

Katanya, rakyat perlu memilih pihak yang boleh memberi mereka manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Kata beliau, mereka boleh membuat apa sahaja pertimbangan tetapi perkara yang patut diutamakan adalah sama ada pihak berkenaan boleh membawa kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Siapa? DAP, pakatan (gabungan pembangkang PKR)? Senang susah balik kepada siapa? Selama 60 tahun siapa di sisi kita, siapa membela kita dan siapa membawa pembangunan? Bukankah Kerajaan Barisan Nasional (BN)?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub pagi tadi..

Menurut Najib, kuasa membuat pilihan bukan menikut perasaan benci akibat terpengaruh dengan hasutan.

Apa yang didendangkan pembangkang hanyalah janji palsu dan mustahil untuk dilaksanakan mengikut akal.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans