Jangan Ubah Dasar Pendidikan Untuk Wujud Legasi Sendiri – Ahmad Zahid – Channel W

Jangan Ubah Dasar Pendidikan Untuk Wujud Legasi Sendiri – Ahmad Zahid

CYBERJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa perkara asas dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan tidak perlu diubah oleh mana-mana menteri pendidikan ketika menerajui kementerian berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kepelbagaian kaum bukan alasan untuk menjadikan sektor penting itu ‘cacamarba’ hanya untuk memenuhi dan melayani kehendak masyarakat yang pelbagai.

“Kita tidak mahu melihat senario di mana perubahan dasar atas sebab melayani kehendak sesetengah pihak menyebabkan murid ‘bongkok’ sebelum waktunya,” katanya ketika berucap menutup Ijtimak Majlis Perundingan Islam Kebangsaan (MPI) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata setiap menteri pendidikan perlu mengelak daripada cuba mewujudkan legasi sendiri sebaliknya perlu mematuhi dasar sedia ada dalam merangka setiap perancangan.

“Pemimpin atau menteri silih berganti tetapi soal pendidikan tidak boleh dijadikan bahan uji kaji sehingga membawa sesuatu yang tidak baik bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga negara secara keseluruhan,” katanya.

Mengenai MPI, Ahmad Zahid berkata anggotanya, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran termasuk ahli politik, membuang ideologi sendiri dan secara bersama merangka sesuatu inisiatif yang boleh dilaksanakan kerajaan untuk kepentingan agama dan ummah.

“Ada yang menganggap politik adalah segala-galanya tetapi saya tegas mengatakan politik sepatutnya bertindak sebagai alat dalam memperkuatkan agama, bukannya digunakan untuk memperkukuh politik masing-masing,” katanya.

Sebanyak 30 resolusi dihasilkan dalam ijtimak tersebut dan bagi memastikan ia dilaksanakan dengan sempurna, Ahmad Zahid turut mengumumkan MPI sebagai sebuah sekretariat dengan ketua-ketua daripada tujuh kluster diangkat menjadi anggota tetap MPI.

Katanya ia bagi menterjemahkan komitmen kerajaan dalam merealisasikan pelaksanaan resolusi kerana menyedari ia bukan mudah untuk dicapai apabila perbincangan melibatkan ramai individu daripada pelbagai latar belakang.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans