Jawatankuasa Khas Kaji Undang-undang Bendung Berita Palsu – Channel W

Jawatankuasa Khas Kaji Undang-undang Bendung Berita Palsu

Satu jawatankuasa khas sudah dibentuk untuk mengkaji undang-undang baharu bagi membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jawatankuasa itu bermesyuarat kali pertama minggu lalu dan dihadiri wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju jawatankuasa ini disertai badan bukan kerajaan (NGO) dan Ahli Parlimen untuk memastikan usaha kerajaan menangani isu ini mendapat sokongan pelbagai pihak serta melalui proses perundingan semua pihak berkepentingan.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa khas ini akan mengkaji undang-undang berkaitan dan peruntukan baharu untuk dibawa kepada pertimbangan Kabinet.

Kerajaan juga berharap undang-undang baharu ini boleh dibawa ke Parlimen pada persidangan akan datang.

Ahad lalu, Najib berkata, kerajaan akan mengkaji untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu di media sosial berikutan kesannya yang membimbangkan dan mengancam kestabilan politik serta ketenteraman awam.

Berita Palsu Ancam Kestabilan Politik – Najib

Azalina berkata, selain Malaysia, negara lain juga kini turut berusaha mengambil pelbagai langkah mengatasi isu ini (berita palsu) termasuk merangka undang-undang baharu yang berkaitan.

Katanya, pada masa ini terdapat beberapa akta sedia ada diguna pakai seperti Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang diperkenalkan sejak 30 tahun lalu.

Azalina berkata, langkah baharu untuk menangani penularan berita palsu amat perlu supaya orang ramai lebih bertanggungjawab dalam menghasil, menyebar dan berkongsi berita tidak sahih serta memastikan keselamatan negara terus dipelihara.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans