JDT Rampas Piala Sumbangsih 2018 – Channel W

JDT Rampas Piala Sumbangsih 2018

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan musim 2018 dengan langkah kanan setelah menewaskan juara Piala FA, Kedah 2-1 pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Kejayaan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan merampas kembali Piala Sultan Ahmad Shah daripada skuad Lang Merah setelah tumpas kepada pasukan lawan pada musim lepas di venue yang sama.

Pada aksi di Larkin, pemain import dari Brazil, Marcos Antonio muncul wira pasukan JDT apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-57 setelah memanfaatkan hantaran daripada La Vere Lawrence Corbin Ong.

Terdahulu, JDT dan Kedah terikat 1-1, dengan pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-15 menerusi jaringan pemain import dari Sepanyol, Pablo Pallares Marzo sebelum pemain import dari Argentina, Luciano Figueroa menyamakan kedudukan untuk JDT pada minit ke-28.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans