JDT Umum Lantik Raul Jurulatih Sementara – Channel W

JDT Umum Lantik Raul Jurulatih Sementara

JOHOR BHARU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan Raul Longhi sebagai jurulatih sementara skuad itu selepas Ulisses Morais melepaskan jawatan secara mengejut, semalam.

Perkara itu diumumkan Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

“Kami ingin mengumumkan bahawa Raul akan mengambil alih tugas sebagai ‘Caretaker Coach’ (jurulatih sementara) JDT.

“Selain mempunyai pengalaman menjadi ‘caretaker coach’ di kelab Espanyol, pengalaman bersama JDT selama tiga tahun dan arif mengenai kelab serta falsafah bola sepak JDT menjadi faktor beliau dilantik untuk melatih JDT.

“Oleh itu, kelab memutuskan untuk beliau menjadi ‘Caretaker Coach’ dan akan dibantu oleh Ismail Ibrahim, Penolong Jurulatih JDT,” menurut Tunku Tun Aminah.

Raul akan memikul tugas pertama pada aksi Piala AFC antara JDT dengan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An di Satdium Vinh, Rabu ini.

Morais mengecapi beberapa kejayaan membanggakan sejak bersama JDT, Jun lalu termasuk menjuarai Liga Super buat kali keempat berturut-turut selain mencipta sejarah baru kelab apabila merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali pertama.

Namun, jodoh jurulatih kelahiran Portugal itu hanya bertahan sembilan bulan apabila beliau mengumumkan peletakan jawatan semalam atas faktor kesihatan keluarga.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans