Jenazah ADUN Seri Setia selamat dikebumi – Channel W

Jenazah ADUN Seri Setia selamat dikebumi

Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Baharuddin selamat dikebumikan di Taman Raudhatul Jannah Khariah Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, Sungai Merab, di sini kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, di sini, kira-kira jam 9 pagi.

Lebih 500 orang menghadiri solat jenazah berkenaan.

Solat jenazah diimamkan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ustaz Muhammad Farhan Wijaya.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Presiden PKR, Tian Chua serta calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Shaharuddin, 56, meninggal dunia jam 6.28 petang di Hospital Putrajaya, semalam.

Pegawai Dasar kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan Pembangunan Modal Insan itu, Amidi Abdul Manan, dilaporkan berkata, Shaharuddin menderita barah usus sejak dua tahun lalu dan kesihatannya mula merosot sejak dua minggu lalu.

Shaharuddin yang pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kira-kira 30 tahun dan menjadi Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor meninggalkan isteri, Adibah Ahmad dengan enam anak serta seorang cucu lelaki.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans