Jenazah Dr Fadi Dijangka Dibawa Pulang Esok – Channel W

Jenazah Dr Fadi Dijangka Dibawa Pulang Esok

SELAYANG – Keluarga arwah Dr Fadi Albatsh difahamkan telah menghantar semua dokumen yang diperlukan hospital untuk urusan tuntutan mayat dan dijangka dibawa pulang ke negara kelahirannya, Palestin esok.

Adik lelakinya, Dr Rami Albatsh tiba di Malaysia dari Jerman awal pagi Isnin, dilihat memasuki bilik mayat Hospital Selayang kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin bersama dengan isteri Fadi.

Keluarga mangsa juga dilaporkan masih menunggu maklum balas daripada kedutaan Palestin jika kebenaran untuk menerbangkan jenazah Fadi menerusi Mesir telah diberikan.

Dalam insiden pukul 6 pagi Sabtu lalu, dua lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi menunggu kira-kira 20 minit dekat Jalan Meranti di Setapak, Kuala Lumpur sebelum menembak mati Dr Fadi.

Semasa kejadian, mangsa dilaporkan sedang menuju ke surau yang terletak kira-kira 300 meter dari kediamannya di Kondominium Idalam Puteri di Medan Idaman.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans