Jeneral Prabowo Subianto Sah Bertanding Pilihan Raya Presiden Indonesia – Channel W

Jeneral Prabowo Subianto Sah Bertanding Pilihan Raya Presiden Indonesia

JAKARTA – Bekas pemimpin tentera Indonesia, Jeneral Prabowo Subianto menerima pengesahan parti pembangkang utama untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya presiden tahun depan, sekali lagi berentap dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Subianto, yang kalah tipis kepada Jokowi dalam pilihan raya 2014, adalah pengerusi Parti Gerindra nasionalis yang membentuk parti pembangkang utama bersama dua parti Islam.

“Kami menegaskan di sini bahawa Prabowo bersedia untuk menjadi calon presiden dan sudah menerima mandat parti sebagai calon presiden pada 2019,” kata Timbalan Pengerusi Gerindra, Arief Poyuono.

Jurucakap Gerindra, Irawan Ronodipuro berkata Subianto menerima mandat parti itu petang semalam.

Seorang calon Presiden memerlukan sokongan beberapa parti yang secara bersama memenangi 25 peratus undi nasional dalam pilihan raya sebelumnya atau memiliki 20 peratus kerusi dalam Parlimen.

Jokowi, bekas jurujual perabot, adalah Presiden Indonesia pertama bukan daripada golongan elit politik atau tentera namun meraih sokongan lima parti dan mendahului kebanyakan tinjauan pendapat ketika ini.

– Reuters

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans