PRU14: Jentera BN keluar awal mengundi – Zahid – Channel W

PRU14: Jentera BN keluar awal mengundi – Zahid

Keluar mengundi seawal mungkin sebelum jentera Barisan Nasional (BN) melaksanakan tugas mereka esok, 9 Mei.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  tidak mahu jentera terlalu sibuk melakukan kerja akhirnya mereka terlupa untuk mengundi di pusat pengundian masing-masing.

“Saya minta jentera keluar pukul 7 pagi, sebaik buka sahaja pintu terus undi BN dan tunjukkan pada orang jari dah ada dakwat agar kita dapat kemenangan lebih cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Muar di Bangunan UMNO Muar, di sini siang tadi.

Turut hadir, calon BN bagi kerusi Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim, calon BN Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Datuk Ashari Sarip dan calon DUN Sungai Balang, Zaiton Ismail.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans