Jimat Belanja Dapur Kurang Beban Rakyat – FAMA – Channel W

Jimat Belanja Dapur Kurang Beban Rakyat – FAMA

KUALA LUMPUR – Lagi usaha untuk mengurangkan kos perbelanjaan rakyat, khususnya bagi warga kota.

Menurut, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak, melalui program Jimat Belanja Dapur, kebanyakkan pembelian bagi barangan basah dapur seperti ayam, kentang, bawang dan telur, rakyat akan dapat jimat hingga 20 peratus.

Tegasnya, program Jimat Belanja Dapur ini mampu mengurangkan beban rakyat dan menyediakan 1,000 buah pasar tani untuk kemudahan semua berbelanja dengan murah.

Sambutan luar biasa..Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak hari ini merasmikan UniKL Farmer's Market & Pelancaran…

Posted by Laman Sosial Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan on Jumaat, 13 April 2018

Malah FAMA memperoleh nilai jualan kira-kira RM4 juta menerusi program Jimat Belanja Dapur yang dijalankan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Jimat Belanja Dapur dan Farmers Market di pekarangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah FAMA Wilayah Persekutuan, Radzuan Md.Noor dan Timbalan Presiden UniKL, Prof.Dr. Azanam Shah Hashim.

Program Jimat Belanja Dapur 2018

Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperkasakan Program Jimat Belanja Dapur (JBD) bagi memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan barang keperluan harian dengan harga yang lebih rendah 5% – 20%.Program JBD dilaksanakan di 714 lokasi pasar tani, 426 Agrobazaar Kedai Rakyat, 110 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M) dan 6 MyFarm Outlet seluruh negara sepanjang tahun 2018.Melalui program ini, pengguna dapat jimat belanja bagi 27 barangan keperluan terpilih seperti ikan, ayam, sayur dan buah-buahan dengan potongan antara 5 – 20 peratus kecuali barangan kawalan.Program Jimat Belanja Dapur adalah langkah kerajaan untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat selain mendidik rakyat untuk berbelanja secara berhemah.Sila layariFB Fama : Fama.MalaysiaInstagram : Fama.Malaysia Twitter : Fama_Malaysiafama@fama.gov.my#Famadihatirakyat #nbos #tn50 #mybestbuy

Posted by Laman Sosial Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan on Sabtu, 27 Januari 2018

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans