JKKK/P, SPAD, JASA bubar dan harga minyak petrol kekal – Tun M – Channel W

JKKK/P, SPAD, JASA bubar dan harga minyak petrol kekal – Tun M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama di Perdana Putra siang tadi.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri dan kesemua 12 menteri yang mengangkat sumpah pada Isnin lalu.

Semua jawatan Jawatan Kuasa, Kemajuan, Keselamatan  Kampung/Persekutuan digugurkan kerana berunsur politik dan kerajaan sudah mempunyai pegawai pentadbiran yang menjaga hal berkenaan.
Harga minyak akan dikekalkan pada kadar sekarang, manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) akan dibubarkan dan tugas berkenaan dipulangkan semula kepada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Turut dibubarkan Majlis Profesor Negara dan Jabatan Hal Ehwal Khas, JASA, yang digunakan untuk menganalisis dan menjaga agama, politik dan kerajaan sebelum ini.
Mesyuarat Kabinet juga bersetuju untuk gaji asas semua jemaah Menteri dipotong sebanyak 10 peratus berkuatkuasa serta-merta.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans