Jokowi: 7 Tahun Bersihkan Sungai Tercemar – Channel W

Jokowi: 7 Tahun Bersihkan Sungai Tercemar

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, air dari sungai Citarum boleh diminum dalam tempoh tujuh tahun lagi di bawah satu projek pembersihan baharu sungai di pulau Jawa, yang dianggap antara paling tercemar di dunia.

Sungai Citarum mengalir 300 kilometer dari mata air di Jawa Barat ke laut berhampiran ibu kota ini dan ia menjadi sumber tenaga untuk tiga stesen hidroelektrik, serta digunakan untuk mengairi 400,000 hektar sawah padi.

Tebing sungai Citarum pula menjadi sumber kehidupan 28 juta penduduk, walaupun sungai itu dipenuhi sisa domestik dan dicemari paras pewarna serta logam berat yang tinggi hasil buangan aktiviti pengilangan.

Jokowi menerusi Twitternya berkata Sungai Citarum pernah jernih sebelum menjadi paling tercemar dan sedang cuba membersihkannya secepat mungkin dalam tempoh tujuh tahun.

Jokowi yang melawat punca sungai itu berkata, kerajaan juga merancang menggunakan konsep projek Citarum di tebing sungai lain yang memerlukan pembersihan.

Bank Pembangunan Asia (ADB) meluluskan pinjaman AS$500 juta (RM1.95 bilion) kepada Indonesia pada 2009 untuk membantu membersihkan sungai itu.

Namun, bank terbabit tidak memberikan maklum balas mengenainya menerusi e-mel.

Seorang pegawai Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Maritim, Tubagus Haeru yang memantau projek pembersihan itu berkata, cubaan untuk membersihkan sungai itu sebelum ini mahal dan gagal.

Haeru berkata beberapa kementerian mengambil inisiatif sendiri, kerajaan tempatan bergerak sendiri dan komuniti turut bertindak bersendirian.

Kajian yang dijalankan pertubuhan kebajikan alam sekitar di New York, Blacksmith Institute pada 2013 mendapati, paras plumbum dalam sungai Citarum adalah 1,000 kali lebih tinggi berbanding standard air minuman Amerika Syarikat, sementara paras aluminium, magnesium dan besi jauh lebih tinggi berbanding paras dicadangkan.

Blacksmith Institute dikenali sebagai Blue Earth mulai 2015.

Usaha pembersihan terbaharu itu bermula sejak awal bulan ini, membabitkan polis, tentera, beberapa jabatan kerajaan, pelbagai pertubuhan serta penduduk awam di 25 daerah sepanjang sungai terbabit mengalir.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans