Jom ke MAHA 2018! – Channel W

Jom ke MAHA 2018!

MAHA 2018 yang akan membuka tirai pada 22 November depan bakal menjanjikan yang terbaik. Acara yang berlangsung selama 11 hari itu menawarkan 1,500 gerai untuk dikunjungi orang ramai.

Bertemakan “Makanan Kita, Masa Depan Kita”, MAHA atau Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 akan berlangsung sehingga 2 Disember di Malaysia Agro Exposition Park Serdang

Program dwitahunan yang dibawakan khas oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (MOA) itu menawarkan produk-produk terbaik industri pertanian dan makanan Malaysia, termasuk hasil pertanian segar, hidangan popular, buah-buahan tempatan dan eksotik.

Kepada yang gemar berswafoto dan bergambar, sudut topiari yang menampilkan pelbagai reka bentuk, tempat paling sesuai dijadikan lokasi pilihan. Horbbit Garden adalah antara tarikan utama di Laman Florikultur yang menampilkan konsep Kitchen Garden dan juga Edible Landskap.

Miracle Garden di Laman Florikultur pula menonjolkan keindahan landskap Florikultur daripada pelbagai jenis bunga-bungaan yang dibawakan khas oleh Jabatan Pertanian (DOA) yang mengetengahkan Industri Florikultur dan landskap di Malaysia serta sektor Agromakanan.

Laman Florikultur juga terdiri daripada beberapa segmen yang lain iaitu Flower Island, Orchid Garden, Floral Export Garden, Dekorasi Kiub dan Floral Technology Corner.

Pelbagai aktiviti turut disusun antaranya demonstrasi masakan, pembuatan bunga tekap, pembuatan sabun aromaterapi, pertandingan gubahan bunga, pertandingan mewarna & demo terrarium.

MAHA 2018: Apa perlu anda tahu?

1. MAHA 2018 berlangsung selama 11 hari iaitu 22 November 2018 hingga 2 Disember di MAEPS, Serdang.

2. Menampilkan buah durian, nanas dan kelapa sebagai sumber rezeki baharu petani.

3. Menyediakan 501 menu juadah popular dari seluruh negeri

4. Buah-buahan, sayuran, anak pokok dan bunga-bungaan serta ikan dan makanan laut segar sedia untuk dibeli.

4. MAHA 2018 dijangka akan menarik lebih 3.5 juta pengunjung tempatan dan antarabangsa.

5. DVS FarmVille Run 2018 akan diadakan di sekitar Laman Ternakan pada 25 November.

6. Pertandingan mewarna pada telur ostrich akan diadakan dan terbuka kepada orang ramai.

7. Selami kehidupan ikan jerung di pameran Kingdom of Sharks yang dibawakan oleh DOF.

JOM KE MAHA 2018

22 November – 2 Disember 2018

MAEPS Serdang

10.00 pagi – 7.00 malam

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans