Jual ayam 30 sen di Kedah, 80 sen di KL – Channel W

Jual ayam 30 sen di Kedah, 80 sen di KL

Orang ramai berebut membeli ayam yang ditawarkan pada harga 30 sen seekor oleh sebuah syarikat di Alor Setar, Kedah, Sabtu.

Menurut Pengarah Eksekutif Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd, Mazlina Makaruddin, pihak syarikat menawarkan 150 ekor ayam pada harga yang tidak munasabah itu berbanding harga asal antara RM7.50 hingga RM8 sekilogram sebagai menghargai sokongan para pelanggan setia sempena ulang tahun ke 30 penubuhan syarikat itu.

“Ada pelanggan yang datang beratur seawal 6.30 pagi untuk mendapatkan kupon pembelian ayam pada harga 30 sen, namun kaunter hanya dibuka pada pukul 7.30 pagi dan dalam tempoh kurang sejam kupon tersebut telah habis.

“Bagi pelanggan yang tidak mendapat kupon, mereka masih boleh mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5.99 seekor berbanding harga biasa RM6.49 seekor dan untuk hari ini di mana sebanyak 15,000 ekor ayam disediakan bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun syarikat tersebut di pusat jualan Ayam Bismi di Simpang Empat Kangkong yang turut dihadiri Pengasas dan Pengerusi Ayam Bismi, Jaffri Ahmad.

“Jualan harga ayam yang murah ini bertujuan berkongsi rezeki dan memberi pulangan balik hasil perniagaan tersebut kepada pelanggan. Selain itu, hasil yang kita peroleh digunakan untuk kerja-kerja tanggangjawab sosial korporat (CSR) seperti membantu naik taraf masjid,” katanya.

Selain itu selebriti Rosyam Nor yang juga turut membuka kedai di Setiawangsa Kuala Lumpur hari ini turut membuat jualan ayam serendah RM0.80 seekor.

Menurut posting di laman sosial Facebook Rosyam Mart, seawal 6.30 pagi orang ramai sudah membanjiri kedai tersebut untuk beratur lebih awal bagi mendapatkan barangan murah yang dijual sempena sambutan Hari Malaysia. 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans