Jual pelacur dalam WeChat – Channel W

Jual pelacur dalam WeChat

Seorang pesara guru bersama suaminya dipercayai dalang dalam kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik perniagaan kafe dan pusat urut di tahan selepas rumah teres dua tingkat di Cherung Lanjut, Kuala Terengganu.

Dalam serbuan yang dijalankan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Terengganu, kira-kira jam 10.40 malam itu, selain wanita berusia 48 tahun dan pasangannya, 44, turut ditahan dua wanita warga Thailand berusia 21 dan 32 tahun yang disyaki pekerja seks.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, serbuan di rumah sewa milik pasangan berkenaan, turut berjaya merampas pelbagai barangan seperti kondom, minyak urut, telefon bimbit dan wang tunai RM3,000 dipercayai hasil kegiatan tidak bermoral itu.

Beliau berkata, serbuan dibuat hasil intipan sejak dua minggu lalu selepas menerima maklumat  mengenai aktiviti pelacuran yang menggunakan aplikasi WeChat bagi mempromosikan kegiatan itu dengan bayaran RM250 untuk satu sesi perkhidmatan seks selama satu jam.

“Siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran tersebut dipromosikan suspek lelaki yang bekerja sebagai peniaga alat ganti kenderaan dalam laman sosial menerusi aplikasi WeChat manakala isterinya pula menguruskan tempat pelacuran.

“Hasil soal siasat ada antara mereka mampu meraih pendapatan sehingga RM3,000 dalam satu malam dan pemeriksaan mendapati dua wanita Thailand terbabit menggunakan pas  lawatan sosial yang sah untuk memasuki negara ini.

“Kita juga yakin selain dua wanita itu, turut terdapat beberapa pekerja seks warga tempatan yang berkhidmat di situ, tetapi mereka bernasib baik kerana semasa serbuan tidak bertugas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, hari ini.

Keempat-empat suspek direman selama tujuh hari sehingga Sabtu depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans