Jualan sektor pengilangan meningkat 7.8peratus – Channel W

Jualan sektor pengilangan meningkat 7.8peratus

Jualan sektor pengilangan bagi bulan Jun meningkat sebanyak 7.8 peratus kepada RM67.1 bilion berbanding RM62.3 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin dalam kenyataannya berkata, peningkatan signifikan itu didorong oleh pertambahan pengeluaran produk elektrik dan elektronik sebanyak 9.2 peratus, produk petroleum, kimia, getah dan plastik (7.3 peratus) dan produk mineral bukan metalik, produk asas besi dan fabrikasi besi (enam peratus).

Katanya, jumlah keseluruhan pekerja yang terlibat dalam sektor pengilangan pada Jun 2018 juga meningkat sebanyak 2.2 peratus atau 22,556 orang kepada 1.07 juta berbanding 1.048 juta pada Jun 2017.

Menurut Jabatan Perangkaan, gaji dan upah juga meningkat sebanyak 10.2 peratus atau RM357.2 juta kepada RM3.85 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jumlah purata gaji dan upah bagi setiap pekerja pada bulan Jun adalah RM3,602.

Sementara itu, nilai jualan bagi setiap kakitangan meningkat sebanyak 5.5 peratus kepada RM62,665 berbanding tempoh sama 2017

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans