Julian Gagal Ke Pusingan Akhir, Tetapi Perbaiki Catatan ‘Season’ Terbaik – Channel W

Julian Gagal Ke Pusingan Akhir, Tetapi Perbaiki Catatan ‘Season’ Terbaik

Atlet luncur ais Malaysia Julian Yee yang membuat penampilan sulung negara dalam Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan hari ini, gagal mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki acara itu.

Dalam saingan yang berlangsung di Gangneung Ice Arena untuk memilih 24 daripada 30 peserta ke pusingan akhir esok, Yee terlepas peluang itu hanya dengan perbezaan 1.15 mata yang memaksanya berada di tangga ke-25.

Atlet berusia 21 tahun itu yang merupakan peluncur ais pertama dari negara tropika yang layak ke Olimpik Musim Sejuk bagaimanapun tidak menghampakan apabila berjaya membaiki catatan mata ‘season’ terbaiknya pada 73.58 mata, di belakang atlet Jerman Paul Fentz yang mengisi slot terakhir ke pusingan kelayakan dengan catatan 74.73 mata.

Catatan ‘season’ terbaik Julian untuk program pendek sebelum ini ialah 71.93 mata.

Definitely such a great experience here in Pyeongchang! I really tried to give my best and skated my heart out. Unfortunately, I missed the Freeskate qualifying cut by 1 place. Nevertheless I'm still happy with the result and will always keep pushing on, learning and improving. I'm so thankful for being able to achieve a Season's & Personal Best Score. I would like to thank you all for supporting me. You guys are so awesome and I honestly couldn't have done it without all of you. I think its safe to say that Malaysia has now made sporting history and hopefully there are many more to come. MALAYSIA BOLEH! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 💪⛸ Credits to the photographer for this awesome picture! . . . . . . . #PyeongChang2018 #WinterOlympics #FigureSkating #TeamMalaysia #TeamMAS #KitaJuara #MalaysiaBoleh #MalaysianTiger #HarimauMalaysia #ISU #IceSkating #IceArena #WinterOlympics2018 #Isufigureskating

A post shared by Julian Yee 茹自杰 (@julianyeeee) on

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang beraksi dengan iringan gubahan ‘To Build a Home’ oleh The Cinematic Orchestra, mempamerkan keyakinan sepanjang persembahan tersebut yang hanya dicalari kesilapan kecil, membolehkannya meraih 38.37 mata untuk elemen teknikal dan 35.21 mata dari segi persembahan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tunku Imran Tuanku Jaafar adalah antara sebilangan kecil penyokong Malaysia yang berada di arena itu bagi memberi sokongan kepada atlet negara.

Juara bertahan, Yuzuru Hanyu dari Jepun yang kembali selepas mengalami kecederaan, mencatatkan mata tertinggi 111.68 mata, diikuti atlet Sepanyol Javier Fernandez (107.58 mata) dan seorang lagi atlet Jepun, Shoma Uno (104.17 mata). -BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans