Jupha Lakar Kejutan Raih Emas di ACC – Channel W

Jupha Lakar Kejutan Raih Emas di ACC

Jupha Som Net melakukan kejutan apabila meraih emas acara perlumbaan mata pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

Pelumba kelahiran Perlis itu menebus kekecewaan pada Sukan SEA tahun lalu apabila gagal meraih emas dalam acara disertainya di trek dan lebuh raya.

Malah ia adalah emas sulungnya di ACC pada penampilan keempat selain membuktikan pemilihannya ke Sukan Komanwel pada April nanti adalah tepat.

Mengakui persediaan untuk ACC kali ini singkat dan tidak mempunyai sasaran,  Jupha bagaimanapun menjadi atlet pertama negara memenangi acara berkenaan di ACC

Jupha mengumpul 35 mata keseluruhan dalam saingan sejauh 20 kilometer (80 pusingan) manakala pelumba Hong Kong, Diao Xiaojuan perak (25 mata) dan Ke Xin Zeng dari Taiwan dengan 21 mata.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans