Kabinet putus 14 perkara untuk rakyat – Channel W

Kabinet putus 14 perkara untuk rakyat

Selain daripada pembayaran saguhati aidil fitri kepada penjawat awam bagi gred 41 ke bawah.  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan 13 lagi perkara yang diputuskan dalam mesyuarat kabinet kedua hari ini selepas mesyuarat pertama 23 Mei lalu.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST dilaksanakan mulai 1 September 2018. Manakala GST dimansuhkan bermula 1 Jun ini.

Projek laluan ke 3 MRT diputuskan tidak akan diteruskan, harga diesel dan RON 95 dikekalkan manakala RON 97 diapungkan ikut pasaran.

BR1M digantikan dengan bantuan sara hidup kepada rakyat dan dibayar pada 6 Jun.

Diskaun tol 50 peratus untuk semua tol bermula dua hari sebelum sambutan Aidil Fitri.

Majlis Penasihat Pertanian ditubuhkan kerajaan bagi memperkasa sektor itu dan memberi manfaat kepada semua.

Jemaah Menteri setuju untuk membatakan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura HSR, tertakluk perbincangan dengan Singapura keranaimplikasi kewangan yang tinggi.

Kerajaan juga sedang menkaji kerelevanan Biro Tata Negara ( BTN), manakala menjelang hari raya ini Skim Kawalan Harga akan dilaksanakan.

Tabung Harapan Malaysia akan diwujudkan untuk terima bantuan rakyat membayar hutang negara.  Derma ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan.

Kedudukan kewangan Malaysia perlu diurus berhati-hati untuk kurangkan kos pentadbiran negara.

Tema Hari Kebangsaan yang putuskan kabinet adalah Sayangi Malaysiaku.

Program PERMATA dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans