Kadar Hutang Bukti Ekonomi Negara Diurus Dengan Baik – Channel W

Kadar Hutang Bukti Ekonomi Negara Diurus Dengan Baik

KUALA LUMPUR – Kadar hutang negara sedia ada membuktikan ekonomi negara diurus dengan baik, kata pakar ekonomi tempatan. Isham Jalil, lulusan Universiti Harvard berkata hutang negara diuruskan dengan baik berikutan peratusan hutang negara daripada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 53 peratus, masih tidak melebihi angka 55 peratus.

Kadar hutang Malaysia dengan negara luar adalah sedikit berbanding dengan hutang dalam negara sendiri, katanya dalam siri video yang dimuat naik di laman Facebook hasil beliau ditemuramah oleh wartawan mengenai hutang negara yang sering dibangkitkan di media sosial terutamanya oleh pembangkang. Beliau yang juga Pegawai Khas Perdana Menteri menolak dakwaan negara akan bankrap dengan kadar hutang tersebut.

Ia satu tuduhan melulu untuk mengatakan dengan kadar hutang 53 peratus ini negara akan bankrap, kita kena bandingkan dengan negara-negara lain, kalau kita lihat hutang Malaysia lebih kurang 53 peratus tapi negara lain seperti Jepun sampai 100 peratus lebih hutangnya,”kata beliau.

Selain itu, kata Isham, angka 55 peratus jumlah maksimum kadar hutang negara menunjukkan Malaysia sebenarnya meletakkan angka yang agak tinggi sedangkan ia tidak lagi diguna pakai oleh negara-negara lain. Jelas beliau, berdasarkan sejarah, angka 55 peratus jumlah maksimum kadar hutang negara bermula 20 tahun lalu apabila Jerman, yang sebelum ini mengetuai blok Kesatuan Eropah (EU) mengenakan syarat negara-negara yang ingin menyertai kesatuan itu perlu memiliki hutang di bawah kadar 55 peratus.

Bagaimanapun, katanya, angka itu adalah angka arbitrari kerana ekonomi Eropah dengan Malaysia tidak sama tapi apa yang telah berlaku, Jerman dan Perancis sendiri yang memecahkan angka tersebut dengan jumlah hutangnya meningkat melebihi 55 peratus.

“Negara-negara Eropah lain seperti Greece dan Itali juga ikut jejak langkah yang sama, Itali sampai 80 peratus (kadar hutang). Mereka sendiri sudah tidak pakai angka 55 peratus ini. Eropah sendiri sekarang ini tidak lagi menggunakan angka 55 peratus ini (sedangkan) kita masih lagi mengenakan syarat ini.

“Maksudnya kita sebenarnya over-impose dengan mengguna pakai angka ini walaupun ia tidak lagi digunakan oleh negara-negara lain dengan meletakkan apabila kadar hutang kita di bawah 55 peratus, itu adalah lebih baik,”katanya.

“Ini adalah kajian-kajian ekonomi. Kalau kita tanya ahli ekonomi berapa kadar hutang sepatutnya, saya rasa tidak ada siapa boleh jawab kerana tidak ada sesiapa yang boleh beritahu apa kadar hutang sepatutnya, apa kadar hutang yang baik atau tidak baik, kalau negara tidak berhutang pun, katakan ada kosong hutang, pasti ada pro dan kontranya,”jelas beliau.

Isham berkata apa yang menjadi masalah bagi sesebuah negara ialah apabila hutang luar negaranya tinggi, seperti yang berlaku pada Greece, apabila hutang mereka dengan Jerman terlalu tinggi dan Greece tidak mampu membayar balik hutang tersebut.

“Tetapi kalau kita berhutang dengan negara kita sendiri dengan tujuan pelaburan untuk memperkembangkan ekonomi, bagi saya itu tidaklah menjadi masalah,”katanya.

“Satu perkara penting tentang hutang ialah selagi ekonomi kita berkembang, hutang kita boleh diurus. Kalau kita tidak berhutang kita menghadapi kekangan untuk melabur. Sebab itu dalam penilaian ekonomi dan kewangan ini, hutang itu tidak semestinya tidak baik,”kata Isham.

“Kalau dilihat dalam kewangan peribadi kita pun, kebiasaannya kita tidak menggunakan wang tunai untuk membeli barang walaupun kita ada wang tunai, jadi selagi ekonomi Malaysia berkembang lebih daripada pertambahan hutang kita, kita menguruskannya dengan baik,”katanya.

– BERNAMA.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans