Kadar Levi, Tol Linkedua Diturunkan – Channel W

Kadar Levi, Tol Linkedua Diturunkan

KUALA LUMPUR: Kadar levi dan tol bagi Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) diturunkan, mulai 13 Februari ini, bagi menggalakkan kenderaan menggunakan laluan tersebut berbanding Tambak Johor.

Kadar baharu bagi kenderaan persendirian diturunkan daripada RM7.50 kepada RM4; teksi daripada RM5.70 kepada RM3; bas daripada RM9.10 kepada RM4.50; manakala kenderaan komersial bagi kelas 2 dan 3, masing-masing dikurangkan daripada RM17.10 dan RM34.30 kepada RM4.50 dan RM6.10, sama seperti kadar di Tambak Johor.

Levi kenderaan bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Malaysia dikurangkan kepada RM50 berbanding kadar asal di antara RM100 hingga RM200 serta dijangka dapat mengurangkan kenderaan komersial di Tambak Johor sebanyak 40 peratus.

Selain itu, caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua, iaitu di antara jam 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi kepada semua kenderaan kecuali motosikal, dikurangkan 47 hingga 82 peratus, mengikut kelas.

Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura yang akan menghubungkan stesen Bukit Chagar di Johor Baru dan Woodlands North, Singapura, pula dijangka mula beroperasi pada tahun 2024.

RTS dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan kepada 30 minit, berbanding lebih sejam pada masa ini dengan kemampuan menampung sejumlah 10,000 penumpang sejam satu arah (pphpd).

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans