Kaji Semula Mekanisme Pemantauan Minyak Masak – PAC – Channel W

Kaji Semula Mekanisme Pemantauan Minyak Masak – PAC

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan supaya pihak berkepentingan mengkaji semula sistem dan mekanisme pemantauan minyak masak supaya ia lebih berkesan bagi mengelak masalah kekurangan bekalan.

Pengerusinya, Datuk Seri Hasan Arifin menarik perhatian bahawa pemantauan bersepadu perlu dilakukan dengan kerjasama kementerian, jabatan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.

“Ini bagi mengelak berlaku masalah kekurangan minyak masak dalam pasaran tempatan sekali gus menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung jumlah subsidi yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas membentangkan laporan PAC Parlimen di Dewan Rakyat hari ini berhubung pengurusan Skim Penstabilan Minyak Masak (COSS) di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 seperti dilaporkan media, antara lain kelulusan pengagihan kuota bungkus sementara setakat April 2016 menyebabkan lebihan kepada had maksimum kuota COSS antara 64 sehingga 464 tan metrik sebulan yang memberi implikasi pertambahan perbelanjaan subsidi kerajaan dianggarkan berjumlah RM2.92 juta.

Hasan berkata PAC Parlimen turut mengesyorkan supaya selepas ini kuota minyak masak dipastikan supaya hanya diberi kepada pengusaha yang benar-benar layak dan mempunyai kilang sendiri serta rekod prestasi yang baik.

Hassan berkata PAC Parlimen menerusi Mesyuarat Prosiding pada 8 Dis 2016 turut berpendapat bahawa langkah kerajaan memutuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil alih pengurusan subsidi minyak masak daripada KPPK adalah tepat kerana minyak masak adalah barang kepenggunaan di bawah bidang kuasa KPDNKK.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans