Kalimah syahadah selamatkan aku! – Channel W

Kalimah syahadah selamatkan aku!

Seorang bilal di masjid Terapung Palu, Indonesia mengakui sempat menceritakan pengalaman beliau yang terselamat daripada bencana tsunami baru-baru ini.

Menjelaskan keadaan yang berlaku beliau yang dikenali sebagai Mohd Rahman berkata goncangan dirasai sebaik sahaja ingin melaungkan azan.

Ketika itu orang yang berada di surau telah lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, namun Mohd Rahman tetap berada di situ.

“Jadi pada saat itu sudah masuk jam 6 petang (waktu maghrib masa tempatan) saya ingin laungkan azan tiba-tiba berlakunya goncangan yang sangat kuat.

“Dan air laut mula naik ke dalam masjid.

 

“Saya dihempas ombak, air mula masuk ke dalam masjid, saya terkena serpihan kaca, tapi saya tidak pengsan.

“Sepanjang dibawa air ‘ke sana ke sini’ itu saya amalkan kalimah syahadah tanpa henti…dan hempasan air laut  itu membawa saya terkeluar daripada masjid… pakaian saya sudah tertanggal,” katanya.

Berkongsi lanjut, katanya tidak semena-mena ada pakaian yang hanyut dibawa air ‘hadir’ kepadanya.

“Saya ambil pakaian itu saya balutkan dibadan, bila air kembali tenang saya berjaya larikan diri ke daratan,” katanya.

Dia akhirnya terselamat dalam tsunami berkenaan dan berkongsi kisah bagaimana dia boleh terselamat meskipun kawasan berkenaan hancur dibadai tsunami.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans