‘Kami belum lagi nak kahwin’ – Channel W

‘Kami belum lagi nak kahwin’

Gosip tentang pelakon Mira Filzah yang dikatakan akan berkahwin dengan bintang komedi popular, Zizan Razak  dalam masa terdekat adalah tidak berasas.

Mengakui masih berkawan rapat dengan Zizan, Mira menegaskan, mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengakhiri zaman solo kerana mahu terlebih dulu menumpukan perhatian kepada kerjaya.

“Kami mahu tenang-tenang dulu. Ada juga orang bertanya mengenai perkara itu, tetapi kami belum ada sebarang perancangan ke arah perkahwinan,” kata Mira ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta kempen Salam Taiwan.

Menyifatkan jejaka kelahiran Dungun, Terengganu itu sebagai jejaka yang mudah didekati, Mira bagaimanapun, tidak cerewet meletakkan kriteria dan syarat tertentu dalam mencari pasangan hidup.

Baginya, memadai jika dipertemukan dengan lelaki yang ikhlas dan telus kerana perkahwinan menuntut kematangan serta toleransi antara kedua-dua pihak.

“Saya selesa berkawan dengan Zizan kerana dia mempunyai ciri-ciri itu. Biarpun gemar berjenaka, ada masanya dia sangat serius dan itu yang membuatkan saya senang mendekatinya,” kata pelakon Rahsia Hati Perempuan itu secara ringkas.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans