Kanak-kanak Lelaki Maut Tertusuk Sabit – Channel W

Kanak-kanak Lelaki Maut Tertusuk Sabit

Cuti persekolahan yang dimanfaatkan seorang kanak-kanak untuk membantu keluarga di kebun sawit berakhir dengan tragedi apabila maut dalam insiden di Sungai Tiang Darat, Perak.

Kejadian sekitar 2 petang Rabu itu, mangsa, Mohd Riduan Hakim Abd Rashid, yang berumur 12 tahun, maut apabila sabit yang digunakan untuk mengait buah kelapa sawit melantun dan mengenai dada murid SK Sungai Tiang Darat itu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan insiden menyayat hati berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat sekitar jam 3.45 petang berkenaan kematian mangsa.

Jelas ketua polis tersebut siasatan awal mendapati mangsa telah mengikuti datuknya untuk pergi mengait sawit sempena cuti sekolah sekitar jam 9.30 pagi, dan ketika datuknya mengait sawit, tiba-tiba buah sawit telah jatuh bersama sabit melalui kayu kait.

Senjata itu kemudian melantun mengenai dada mangsa di sebelah kiri dan setelah mangsa di bawa ke klinik berdekatan, mangsa disahkan meninggal dunia.

Kata ketua polis lagi datuk mangsa tidak terlibat dengan kes ini kerana ia berlaku secara tidak sengaja.

Mohd Marzukhi berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan bagi tujuan bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans