Kanser payudara : Lelaki wajib tahu! – Channel W

Kanser payudara : Lelaki wajib tahu!

Kesedaran harus ditingkatkan terhadap golongan lelaki akan bahayanya kanser payudara.

Mengingati akan perkara tersebut, menurut Pengerusi Eksekutif Yayasan Breast Cancer Foundation, Puan Sri Datuk Azrene Abdullah, meskipun wanita adalah golongan utama yang menghidap penyakit ini, namun golongan lelaki harus menjadi tunjang dalam memberi semangat kepada mereka yang menghidap penyakit ini.

Selain itu juga, golongan lelaki perlu turut mengingatkan tentang pemeriksaan awal yang harus dijalani oleh setiap wanita dalam keluarga mereka bagi mengelakkan penyakit ini berlaku.

“Ia penting dalam memberi kesedaran bukan sahaja kepada golongan wanita tetapi juga lelaki yang menjadi pendorong dan semangat buat menghidap penyakit kanser. Sebab itu kita telah menjalankan beberapa kempen yang turut melibatkan golongan lelaki sebagai pendedahan tentang bahayanya kanser,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen Breast Cancer Foundation di Kuapa Lumpur, Khamis.

Turut hadir serta merasmikan majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Bulan Oktober setiap tahun adalah merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai selain mendidik dan menyokong mereka yang menghidap penyakit ini.

Namun, kesedaran masyarakat untuk bertindak bagi melakukan pemeriksaan terhadap penyakit kanser payudara masih berada pada tahap yang rendah.

Kebanyakan pesakit yang pertama kali dikesan menghidap kanser payudara telah berada dalam keadaan yang amat kritikal

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans