Kate Tunggu Masa Bersalin Anak Ke-3 – Channel W

Kate Tunggu Masa Bersalin Anak Ke-3

LONDON – Isteri Putera William, Kate Middleton, dimasukkan ke hospital hari ini bagi melahirkan anak ketiga mereka dan menjadi anggota keluarga diraja terbaharu Britain.

Pasangan yang dikenali secara rasmi sebagai Duke dan Duchess of Cambridge itu kelihatan memandu dari kediaman mereka di Istana Kensington di tengah London ke Hospital St Mary di barat bandar raya itu.

Kedua-dua anak mereka, Putera George, empat tahun dan Puteri Charlotte, dua tahun, juga dilahirkan di hospital sama.

Kate Middleton menunggu kelahiran anak ketiga di hospital di London.

“Duchess of Cambridge dimasukkan ke Hospital St Mary, Paddington, London, awal pagi ini kerana mengalami tahap awal proses kelahiran,” kata Istana Kensington dalam kenyataan.

Bayi itu akan menjadi pewaris takhta kelima di belakang abang, kakaknya, William dan datuknya, Putera Charles.

Seperti dua kehamilan sebelum ini, Kate mengalami alahan teruk yang menyebabkan loya dan muntah teruk dan memerlukan makanan tambahan dan zat. – Reuters

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans