Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam siasatan tersebut kerana SPRM berhak untuk bertindak sekiranya mempunyai bukti.

Beliau turut dimaklumkan beberapa kes lagi dan bertindak tidak akan campur tangan.

Tan Sri Muhyiddin mengulas isu itu selepas membuat lawata ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM menahan dua pegawai kanan STAGG dan menemukan wang tunai kira-kira RM1.5 juta dalam serbuan berkenaan.

Ia dipercayai hasil daripada tindakan melindungi pusat-pusat judi.