Kebebasan Media diizinkan tanpa sentuh isu ketenteraman – PM – Channel W

Kebebasan Media diizinkan tanpa sentuh isu ketenteraman – PM

Kerajaan tidak akan menyekat atau mengambil tindakan terhadap mana-mana laporan berita selagi ia tidak mengganggu ketenteraman negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, tindakan itu bagi membolehkan pengamal media tempatan mengetahui sendiri dengan lebih jelas mana satu berita palsu atau mana satu benar dalam laporan mereka.

Dalam rejim sebelum ini, katanya, ada rasa sekatan. Terdapat akhbar pro itu, pro ini, tetapi kerajaan tidak akan sekat laporan berkenaan.

“Namun, usaha yang membawa ketegangan tidak akan diterima,” katanya dalam Sesi Penerangan Khas yang disiarkan melalui RTM.

Menurutnya, walaupun kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan menyokong kepada kebebasan akhbar namun, ia mempunyai hadnya.

“Jika mereka sengaja membuat laporan untuk menimbulkan huru hara atau ketegangan, kita akan hadapinya dengan undang-undang khas,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans