Kebocoran Paip Tidak Jejas Penghantaran Kargo LNG – Channel W

Kebocoran Paip Tidak Jejas Penghantaran Kargo LNG

Petronas mengesahkan penghantaran kargo gas asli cecairnya (LNG) tidak terjejas oleh insiden kebocoran gas di Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) yang terletak di Long Luping, Lawas, Sarawak pada 10 Januari lalu.

Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata, bekalan gas kepada pelanggan tidak terjejas walaupun bekalan gas daripada Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu telah dihentikan bagi memastikan keselamatan di tapak insiden.

Petronas sebagai pembekal LNG yang dipercayai, tanpa penghantaran terputus sejak 1983, akan terus mendukung komitmennya kepada pelanggan.

Siasatan terhadap punca insiden kebocoran gas itu sedang dijalankan dan Petronas sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan masyarakat sekitar bagi memastikan keselamatan pendudukan sepanjang masa.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans