Kehilangan Besar Buat Sabah, Al-Fatihah – PM Najib – Channel W

Kehilangan Besar Buat Sabah, Al-Fatihah – PM Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang meninggal dunia tengah malam tadi.

“Kehilangan besar buat Sabah. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di laman Twitter.

Tawfiq, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur pada 11.57 malam tadi.

Allahyarham menjalani rawatan kesihatan serta pembedahan akibat kanser usus di hospital itu sejak lapan bulan lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Sharifah Rahmah Syed Ali, tujuh anak terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan serta lima cucu.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans