Kejadian Lemas Melibatkan Lima Pemancing di Sungai Gasi, Sungai Buloh – Channel W

Kejadian Lemas Melibatkan Lima Pemancing di Sungai Gasi, Sungai Buloh

SUNGAI BULOH – Aktiviti memancing bertukar kepada tragedi apabila 5 mangsa lemas di kepala air di Sungai Gasi, Sungai Buloh 5 berhampiran dengan Kem Sungai Buloh telah dijumpai semua mangsa.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor telah mengerakkan dua Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menggunakan bot untuk mencari mangsa lemas. .

Menurut Hassan As’ari Omar, pemantauan dilakukan di sepanjang sungai sehingga ke Kuala Selangor dengan beberapa ‘check point’ di Jambatan Kubu Gajah, Jambatan Merbau Sempak dan kawasan perangkap sampah Bestari Jaya serta Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden S. Somu berkata, operasi itu dihentikan selepas pasukan mencari dan menyelamat menemukan kesemua mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

Jurucakap bomba memaklumkan, mayat Rapawai Jum’ada , 37, ditemukan pada pukul 4.45 petang berhampiran jambatan Puncak Alam.

“Usaha untuk mengeluarkan mangsa masih dijalankan sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk di bedah siasat,” katanya.

Pada pukul 3.45 petang, mangsa keempat Jeleha Hashim telah ditemui  iaitu kira – kira 19 kilometer dari lokasi kejadian.

Menurut  jurucakap bomba tersebut, mayat wanita tersebut telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Mayat Jeleha adalah mayat keempat yang ditemui selepas mayat ketiga, Silawati Zailan ditemui pada jam 12.30 tengah hari tadi dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan akan diserahkan kepada waris.

Terdahulu, mayat dua mangsa, seorang lelaki warga Indonesia, dikenali sebagai Hashir, 38 tahun, dan Jamaluddin Rapawi, 14 tahun, masing-masing ditemui pada jam 9.51 malam tadi dan jam 1.26 pagi tadi.

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans