Beliau yang juga Ahli Parlimen Sipitang, berkata, kali terakhir beliau bertemu bapanya selepas penamaan calon Barisan Nasional (BN) Sabah PRU14  di Bangunan UMNO di sini pada 28 April lalu.

“Sejurus penamaan calon BN Sabah, saya terus ke Sipitang sehingga PRU-14 memandangkan saya dicalonkan untuk kerusi Parlimen Sipitang. Kami adik-beradik dan ahli keluarga di sini juga setia menanti khabar berita daripada ayah dan ibu Puan Sri Farida,” jelasnya.