Kementerian Pendidikan Keluar Pekeliling Arah Tarik Balik Cuti Tambahan Sempena Deepavali? – Channel W

Kementerian Pendidikan Keluar Pekeliling Arah Tarik Balik Cuti Tambahan Sempena Deepavali?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan bahawa pihak KPM tidak pernah mengeluarkan sebarang surat pekeliling menarik balik kebenaran memberi cuti tambahan sempena Deepavali kepada sekolah-sekolah menengah yang memohon.

Gambar Hiasan. Sumber: Dreamstime.com

Menurut kenyataan rasmi KPM:

Untuk makluman, kuasa memberi kelulusan cuti peristiwa atau cuti ganti adalah di bawah bidang kuasa Pendaftar Negeri iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan hanya Pengarah JPN boleh meluluskan permohonan cuti tambahan. Keputusan berkenaan adalah tertakluk kepada budi bicara Pengarah JPN dari segi enrolmen murid dan guru yang menyambut perayaan Deepavali.

Sekiranya jumlah cuti peristiwa sekolah telah habis digunakan, dan masih berkehendakkan cuti tambahan, pihak sekolah boleh memohon untuk mendapatkan cuti berganti.

Oleh itu, sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan pelajar kaum India yang ramai boleh memohon cuti tambahan daripada Pengarah JPN masing-masing.

Bagi sekolah-sekolah di kawasan Gombak, Selangor sebagaimana yang dilaporkan, Pengarah JPN Selangor telah memberi jaminan akan meluluskan permohonan cuti tambahan yang dipohon.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans