Kempen ‘Coffee Break’ Petronas Agih Satu Juta Cawan Kopi – Channel W

Kempen ‘Coffee Break’ Petronas Agih Satu Juta Cawan Kopi

KUALA LUMPUR – Sejumlah 141 stesen minyak Petronas di seluruh negara akan mengagihkan sejuta cawan kopi segar dan snek ringan kepada pengguna kenderaan dalam kempen ‘Coffee Break’ menjelang cuti Tahun Baru Cina.

Kempen yang memasuki tahun ke-19 itu dianjurkan Petronas Dagangan Bhd (PDB), bakal berlangsung pada 14 hingga 15 Feb dan 18 hingga 19 Feb ini bermula 2 petang hingga 5 petang, selagi stok masih ada.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PDB Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata kempen tersebut bertujuan mengajak pengguna kenderaan membudayakan amalan keselamatan di jalan raya sepanjang perjalanan pada musim perayaan ini.

Kempen ini menggalakkan pemandu dan penumpang kenderaan untuk berehat sebentar dan menyegarkan diri di stesen minyak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Kempen ‘Coffee Break’ diadakan dengan kerjasama Nestle Products Sdn Bhd, Delfi Marketing Sdn Bhd, Julie’s Marketing Sdn Bhd, Mondelez Malaysia Sales Sdn Bhd, Munchworld Marketing Sdn Bhd, Suntory Beverages and Food Malaysia Sdn Bhd, Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd dan Dunkin Donuts.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen tersebut boleh melayari www.mymesra,com.my.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans