Kempen Hari Gaji Bakal Dilancarkan Oleh Shopee Pada Akhir Februari – Channel W

Kempen Hari Gaji Bakal Dilancarkan Oleh Shopee Pada Akhir Februari

KUALA LUMPUR – Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji, inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji pada 26 hingga 28 Februari ini.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata sepanjang tempoh kempen tersebut, pengguna boleh menikmati tawaran dan potongan harga termasuk pulangan tunai sebanyak 18 peratus berbentuk syiling Shopee bagi produk promosi bagi setiap pembelian berjumlah RM1.

Jualan pra-kempen bermula pada 21 Februari, membariskan tawaran eksklusif daripada pelbagai jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop serta Reckitt Benckiser.

Sepanjang tiga hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat bagi lebih 5,000 produk dari lima kategori terpilih iaitu peralatan elektronik dan mudah alih, kesihatan dan kecantikan, permainan kanak-kanak dan bayi, pakaian wanita serta perabot dan perhiasan rumah.

Selain itu, sepanjang kempen tersebut, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.

Menurut Ian Ho bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. – bernama

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans