Kempen Pengambilan Pekerja ECRL di Bentong – Channel W

Kempen Pengambilan Pekerja ECRL di Bentong

KUALA LUMPUR – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan mengadakan kempen pengambilan pekerja di Bentong, Pahang, selari dengan komitmennya untuk mengambil rakyat Malaysia bagi mengisi 70 peratus pekerjaan yang terlibat dengan pembinaan prasarana rel yang berimpak tinggi.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pemilik projek kepada ECRL sepanjang 688 kilometer itu, bersama dengan kontraktor utama projek tersebut, China Communications Construction Company Ltd (CCCC), akan mengadakan kempen pengambilan pekerja selama sehari di Dewan Perbandaran China Bentong pada 4 Mei dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bentong, dengan jumlah penduduk lebih 100,000 orang, bakal mempunyai stesen untuk muatan dan penumpang seperti yang tercatat dalam Skim Kereta Api ECRL untuk Fasa 1 yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Jun 2017.

Stesen Bentong adalah antara lapan stesen yang bakal dibina di Negeri Pahang mengikut jajaran ECRL.

Menurut MRL, peluang-peluang pekerjaan untuk projek ECRL termasuklah dalam bidang pentadbiran, kejuruteraan, pengurusan pembinaan, komersial & kontrak, dan makmal adalah tersedia ada untuk perlantikan terus Jumaat ini.

Menurut MRL lagi, siswazah baharu dalam kejuruteraan awam, termasuk juga pekerja pembinaan mahir, separuh mahir dan aras permulaan yang berumur diantara 18 dan 35 tahun, digalakkan untuk menghadiri temu duga jumpa terus yang mana mungkin akan memudahkan penglibatan mereka dalam projek ECRL yang menghubungkan Pantai Timur dengan Lembah Klang.

“Calon-calon juga mempunyai peluang untuk dipilih masuk ke Program Latihan Kemahiran Industri Projek Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL) yang bertujuan untuk melatih rakyat Malaysia kemahiran teknologi perkhidmatan kereta api. Apabila berjaya menamatkan latihan, pelatih-pelatih akan diambil bekerja sepenuh masa sama ada oleh MRL, CCCC atau subkontraktor-subkontraktornya,” tambah MRL.

Kempen pengambilan pekerja selama sehari itu menawarkan jawatan seperti concreter, barbender, formworker, tester, welder, electrician, wheel-loader dan excavator operator. Calon-calon perlu membawa bersama resume, gambar berukuran pasport dan sijil-sijil peperiksaan asal dan fotokopi untuk membolehkan mereka layak untuk ditemuduga.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL Dato Sri Darwis Abdul Razak berkata bahawa projek ECRL adalah mengikut jadual untuk membolehkan sehingga 70 peratus daripada 30,000 pekerja yang diperlukan ketika tempoh puncak pembinaannya pada akhir tahun 2019 dan menekankan bahawa kempen pengambilan pekerja di Bentong itu adalah sebahagaian daripada jerayawara yang melibatkan Kuala Lumpur, Kota Bharu, Dungun, dan Kuantan bermula Mac 2018.

Kata beliau, MRL dan CCCC juga merancang untuk mengadakan secara aktif kempen pengambilan pekerja di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk mencari pekerja-pekerja yang berpontensi untuk mengambil bahagian dalam projek infra-rakyat ini.

“Kami akan sedaya upaya berusaha untuk menarik golongan professional, pekerja mahir dan separuh mahir yang mempunyai minat terhadap prasara rel untuk menyertai projek ECRL ini dengan secepat mungkin. Pemindahan teknologi yang berlaku dalam projek ECRL ini akan membolehkan pekerja-pekerja dari Malaysia mendalami teknologi rel dari China yang paling moden dan efisien, tambah Darwis.

MRL ialah sebuah syarikat bertujuan khas yang di miliki oleh Menteri Kewangan yang Diperbandankan, yang ditugaskan untuk melaksana dan menyerahkan ECRL pada pertengahan 2024.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans