Kenapa TH Properties bayar RM100 juta kepada MRCB untuk 59Inc Sdn Bhd? – Channel W

Kenapa TH Properties bayar RM100 juta kepada MRCB untuk 59Inc Sdn Bhd?

Lima hari sebelum hujung tahun 2017, MRCB melapurkan bahawa mereka telah menjual saham didalam 59 iNC Sdn Bhd (59inc) sebanyak RM100.1 juta kepada sebuah anak syarikat Lembaga Tabung Haji, TH Properties Sdn Bhd.

Ini ialah satu jumlah yang agak besar dan ramai yang mungkin tertanya, ‘Apakah istimewa nya syarikat tersebut sehingga sanggup TH Properties bayar lebih RM100 juta?‘.

59 iNC Sdn Bhd

59inc memiliki 3 bidang tanah seluas 27 ekar di Setapak. Tanah ini sudah diluluskan untuk pembangunan komersial dan perumahan dan dikatakan mempunyai nilai semasa RM270 juta.

Dalam transaksi ini, TH Properties membeli 70% pegangan saham dalam 59inc dengan harga RM100.1 juta. Ini menilai kan keseluruhan syarikat sebanyak RM143 juta. Secara kasar, harga yang dibayar oleh TH Properties nampaknya tidak terlalu mahal berbanding dengan harga pasaran semasa menurut jurunilai Raine & Horne pada Ogos 2017.

Keuntungan bagi MRCB

MRCB melapurkan kepada Bursa bahawa mereka bakal meraih keuntungan lepas cukai RM58 juta dari projek ini. Enam tahun lalu, MRCB membeli syarikat ini pada tahun 2011 pada harga RM110 juta. Mereka bukan sahaja meraih keuntungan dari penjualan tanah, tetapi akan juga mendapat pulangan keuntungan dari projek pembangunan 59inc dari pegangan 30% mereka dan juga dari khidmat pengurusan projek dan sebagainya.

TH Properties Sdn Bhd

TH Properties ialah sebuah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji (LTH) dan merupakan syarikat pembangunan hartanah bagi LTH. Projek utama TH Properties ialah Bandar Enstek dengan keluasan 5,119 ekar. Selain dari itu TH Properties juga mempnuyai projek pembangunan hartanah Bandar Warisan Putri di Seremban dan Pesisiran Residences di Kuantan. TH Properties juga terlibat dalam dua projek pembangunan hartanah di Sydney, Australia

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans