Kepentingan Agama Utama dalam PRU14 – Dr Harussani – Channel W

Kepentingan Agama Utama dalam PRU14 – Dr Harussani

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, antara perkara utama yang perlu dilihat dan ditimbangkan semasa pilihan raya ini adalah mempertahan islam mengunakan kuasa.

Tanpa kuasa, adalah sukar untuk pertahankan Islam, itu hakikat yang perlu ditelan jika tersalah pilih dalam PRU 14 ini.

Kata Tan Sri Dr. Harussani lagi, rakyat perlu matang dalam membuat keputusan.

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Bagaimanapun, terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba mencabar kedudukan Islam di negara ini sehingga men-imbulkan kontroversi dan provokasi yang mencalar sensiviti masyarakat Islam di negara ini.

Tanggungjawab memelihara kesucian Islam amat penting kerana ia juga perlu diterjemahkan dalam ben-tuk dasar-dasar dan pentadbiran kerajaan.

Baginya, kerajaan sedia ada sudah memainkan peranan yang baik dalam menjaga kesucian agama Islam itu untuk dipraktikkan sebaik mungkin di negara ini.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans