Kepolisan Moden Dan Komuniti Perlu Digabungkan Tangani Isu Jenayah – TPM Zahid – Channel W

Kepolisan Moden Dan Komuniti Perlu Digabungkan Tangani Isu Jenayah – TPM Zahid

BUTTERWORTH – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha menggabungkan aspek kepolisan moden dengan kepolisan komuniti harus dipertingkatkan bagi menangani jenayah dan menjaga ketenteraman awam.

Beliau berkata usaha ini amat penting bagi memastikan perkhidmatan menyeluruh yang berteraskan teknologi.

“Kepolisan moden ini bukan sekadar berpakaian kemas semata-mata tetapi aset dan peralatan yang moden.

Dengan berbekalkan kepolisan moden dan kerjasama kepolisan komuniti, objektif pencegahan jenayah akan tercapai,” katanya ketika merasmikan Program Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai (PSP) di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan sentiasa memberikan perhatian dan sangat sensitif dalam isu persepsi masyarakat terhadap jenayah.

-BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans