Keputusan Buka Kedutaan Malaysia Ditentukan Setelah Status Muktamad Baitulmuqaddis Selesai – Channel W

Keputusan Buka Kedutaan Malaysia Ditentukan Setelah Status Muktamad Baitulmuqaddis Selesai

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk membuka kedutaan Malaysia di Baitulmuqaddis, Palestin hanya akan ditentukan setelah status muktamad bandar itu diputuskan melalui rundingan dua hala Palestin dan Israel di bawah kerangka penyelesaian dua negara.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sebagai negara yang berpegang teguh kepada piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Malaysia perlu menghormati resolusi Perhimpunan Agung PBB mengenai status Baitulmuqqaddis.

Disember lepas, PBB mengisytiharkan resolusi Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel adalah tidak sah dan terbatal selepas pengundian menyaksikan 128 negara termasuk Malaysia menolak keputusan Amerika itu dan sembilan lagi negara menyokong.

“Seandainya kita (Malaysia) ambil tindakan sama (membuka kedutaan tanpa status muktamad Baitulmuqaddis) seperti Amerika Syarikat ia seakan-akan memberi signal bahawa Malaysia setuju atau mengiakan (legitimise) tindakan Amerika Syarikat yang dikritik majoriti masyarakat antarabangsa.

“Sekali gus, (ini) menjejaskan proses penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel,” katanya ketika menjawab soalan lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat) yang ingin tahu mengapa Malaysia tidak mempunyai perwakilan di Baitulmuqaddis, seiring komitmen Malaysia memperjuangkan hak Palestin.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans