Beliau yang juga Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam status laman Facebooknya  menegaskan beliau memperoleh 73 undi.

Diikuti Senator Khairul Azwan Harun 58 undi, Datuk Mohd. Shahar Abdullah 58 undi dan Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang memperoleh dua undi.

Kini hanya tinggal dua undi dari bahagian Kelana Jaya dan Kapar yang masih belum membuat keputusan.

Pemilihan jawatan bagi sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berlangsung di 191 bahagian UMNO semalam dan hari ini.

Manakala setakat ini Ketua Pergerakan Wanita didahului oleh Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Puteri Datuk Zahida Zarikh Khan.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kemenangan tanpa bertanding di 73 bahagian daripada 191 bahagian di seluruh negara memperlihatkan bahawa demokrasi dalam pemilihan UMNO berjalan dengan baik.

Jelasnya, perkara ini juga merupakan manifestasi bahawa demokrasi telah berjalan dengan kaedah yang terbaik melalui proses pemilihan ini.